Monday 2 October 2017

JIWA YANG TENANG


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful...

Selawat dan salam buat kekasih hati Rasulullah SAW.. Jom hayati sekejap terjemahan surah Al Fajr ayat 27 - 30 ⤵


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
O soul that art at rest!

ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً
Return to your Lord, well-pleased (with him), well-pleasing (Him),

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
So enter among My servants,

وَادْخُلِي جَنَّتِي
And enter into My garden..


Meh kita berkenalan sekejap dengan Jiwa Yang Tenang.. Di mana jiwa yang tenang tu? Dalam diri kita.. Ya ia ada pada diri kita.. Saat kita redha dan diredhai, saat itu kita benar-benar mendapat ketenangan yang dicari..

Ya redha itu susah, payah tapi rasailah kemanisan setelah redha itu.. Saat berubah 360° kehidupan kita and only for Allah.. Saat itu kita rasa redhanya.. Redha siapa? Redha kita dan Allah redha kepada kita..

MasyaAllah saat ketenangan jiwa hadir.. Redha itu ada.. Segala yang ada di langit dan di bumi tidak menjadi nombor 1 di hati, tetapi Dia menjadi pemegang takhta nombor 1 itu..

"Kalau saya rasa tak tenang walaupun dah dekatkan diri dengan Allah?" Teruskan mendekati Dia.. Allah jadikan sebutan di sepanjang masa.. Rasai ketenangan itu dengan jiwa..

Adakalanya tanpa kita sedar jiwa kita dah terlalu penat dengan dunia.. Mencari jalan pulang kepada Allah, agar ketenangan itu hadir kembali.. Redha Allah yang didamba menjadi pemujuk hati..

Akhir sekali, jom setiap kali rasa lelahnya jiwa.. Biarkan diri kita hanyut dalam sujud kepasrahan kepada Dia.. Izinkan jiwa kita kembali berlari kepada Allah.. Paksa air mata mengalir kerana taubat yang sebenar-benarnya dan kerana merindui dan mendamba redha Yang Esa..

Wallahu'alam..
Yang baik daripada Allah,
Yang kurang daripada saya..

Cik Nur akhiri coretan kali ini dengan tasbih kaffarah dan surah Al Asr..

Semoga segala coretan memberi manfaat buat ummah..





Saturday 16 September 2017

TANAMAN INDAH



Assalamu'alaikum wrt wbt.. 😊

Harini cik Nur nak berkongsi mengenai tanaman.. Tanaman ni ta kiralah kita tanam pokok bunga ke sayur-sayuran ke dan lain-lain.. Menanam ni selain boleh dijadikan hobi ianya juga boleh jadi terapi.. 😍😍😍

Selain itu, melalui menanam pokok ni kita dapat melihat kebesaran Allah SWT.. 😍 Indahnya saat kita menanam pokok ni kita dapat belajar banyak perkara.. Contohnya, kita belajar hayati nama Allah Yang Maha Sabar saat kita sabar menunggu pokok tersebut membesar, kita menghayati nama Allah Yang Maha Penyayang ketika kita menyayangi pokok yang ditanam dan kita menghayati nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan saat kita melihat proses kitaran pokok itu..

Renungilah, renungilah dengan mata hati kita.. Pelajarilah sebanyak-banyak perkara dari sekecil perkara seperti menanam.. Ruginya kita bila lihat tumbuhan yang indah namun lupa kepada Penciptanya yang lebih indah..

Kehidupan kita umpama tumbuhan yang indah ini.. Dari kecil ianya membesar.. Pokok hadapi pelbagai cabaran sepanjang ia membesar.. Selain tu pokok juga perlukan kasih sayang macam kita.. Sampai masa pokok akan sakit.. Suatu masa pokok akan mati.. Pokok juga satu makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah..

Lihatlah, segala di sekeliling kita adalah bukti kebesaran Allah.. 😊 Semoga tumbuhan ni terus membesar dan membesar serta memberi manfaat..



Psss, jom sama-sama tanam pokok.. Cintai alam sekitar.. 😘 InsyaAllah nanti cik Nur nak tanam pokok bunga juga.. 😄 Semoga baby bawang dan baby cabai ni membesor dengan jayanya.. Lepas ni tanam pokok lain pulak.. 🌿🌱🌱🌱

Thursday 14 September 2017

BUKTI CINTA ALLAH

Assalamu'alaikum wrt wbt.. 😊

Allahurabbi lamanya cik nur tak menjenguk blog ni.. Baiklah cik nur hendak mencoret sesuatu yang istimewa buat kalian.. 😊

Setiap hari kita diuji dan diuji.. Betul tak? Ujian setiap dari kita mesti berbeza tetapi, ujian itu tetap bukti cinta dari Ilahi... Dia uji kerana Dia rindu rintihan kita.. Dia uji kerana Dia tak mau kita leka dengan nikmat dunia.. Lagi? Dia uji kerana Dia tahu kita mampu..

Ujian demi ujian, ini adalah penguat semangat untuk melangkah dengan lebih yakin kerana Allah.. Ujian itu juga penghapus dosa.. Haa ni kan tanda Dia sayang kita juga.. 😘

Andainya kita rasa tak mampu hadapi ujian, pujuklah hati dengan baca kalam Ilahi.. Setiap hari bacalah dengan nama-Nya.. Sebutlah nama-Nya, Ar Rahman, Ar Rahim.. Jadikanlah ujian yang kita hadapi itu sebagai pendekat kita kepada Allah..

Ada lagi ujian datang menyapa? Kuatkan lagi ikatan kita dengan Allah.. Jangan rebah, jangan menyerah!

Hmm macam mana pulak kalau ujiannya berbentuk kegagalan? Redha, syukur dan berusaha untuk lebih baik.. Don't give up my dear.. Allah ada.. D.U.I.T kan ada.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal..

Kalau rasa tak pernah diuji? Checklah semula macam mana hubungan kita dengan Allah.. Takut.. Takut kalau sebenarnya rasa selesa itu juga ujian.. Takut kalau rezeki yang ada itu juga ujian.. Takut semua itu istidraj, Allah bagi tapi dalam masa sama Dia murka..

Ujian ini adakala bukan dalam bentuk yang kita duga.. Adakalanya ia hadir dalam bentuk tak kita sangka.. Diuji itu sunnatullah... Hukum alam.. Hadapi ujian itu, di akhirat kita dapat lihat ganjarannya..😘😘

Oklah, cik nur nak akhiri perkongsian cik nur dah.. Jom akhiri ini dengan surah Al Asr dan tasbih kafarah..

Yang baik datangnya daripa Allah,
Dan segala kekurangan daripada cik nur..

Moga Allah redha pada kita..


Thursday 6 April 2017

BERLARI MENUJU DIA

Assalamu'alaikum wrt wbt..😊

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussoliha..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segalanya.. Berlari menuju Dia, ini adalah tajuk entri kali ini...

Cik Nur mulakan perkongsian dengan surah Al Insyirah Dan doa penerang hati.. 🌸

Dalam hidup ini adakala ia tak menjadi seperti yang dirancang oleh kita, tetapi jangan lupa barangkali ketetapan Dia lebih baik buat kita..

Suatu masa dahulu ada seorang hamba Allah yang rebah di persimpangan dunia.. Lama dia memcari cara untuk bangkit semula dari jatuhnya itu.. Akhirnya dia berusaha dengan bangkit kerana Allah.. Dan di saat ini dia sedang berlari menuju Allah.. Siapakah dia ini? Inilah kita.. Inilah diri kita..

Di saat ini berapa ramai yang sedang berlari menuju Dia? Terlalu ramai..  Dan diantaranya adalah kita.. Kenapa harus kita berlari menuju dia?

Kerana hidup kita di sini adalah kerana Allah dan akan kembali kepada Allah.. Perjalanan kita akan kembali kepada Dia Maha Penyayang.. Jadi daripada sekadar berjalan menuju Dia, jomlah kita berlari menuju kasih sayang dan redha Dia..

Setiap satu langkah kita menuju Dia, 1000 langkah Dia dekat dengan kita.. Kita berlari kepada Dia, Dia menanti kita.. Tak jatuh ke kalau nak berlari ni?

Mungkin kita jatuh lagi, tapi jatuh yang berbeza.. Jatuh yang akan kembali bangkit dan terus berlari kepada Dia..

Sungguh berlari menuju Allah ini amat indah.. Walau adakalanya jalannya payah.. Dan di penghujungnya terlalu indah! Keindahan ini tiada tandingannya..

Jom bersama mengorak langkah berlari menuju Dia..

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Nur.. Kita akhri dengan surah Al Asr dan tasbih kifarah...

Cik Nur 

Monday 3 April 2017

NIKMAT YANG ALLAH BERI

Assalamu'alaikum wrt wbt.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussoliha...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya harini kita masih bernafas.. Petang yang penuh barakah ini Cik Nur nak berkongsi mengenai nikmat yang Allah beri..

 Setiap hari kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat dari yang Maha Memberi... Apakah nikmat yang biasa kita terlupa untuk bersyukur dan kita masih nikmati setiap hari?  Jawapannya adalah nikmat nafas.. Adakala nikmat sihat diambil sekejap.. Tetapi kita persoalkan kenapa Allah ambil semula nikmat tu sampai lupa nak bersyukur masih dikurnia nikmat nafas..

Hmm apa lagi ya nikmat yang sering kita lupa nak bersyukur? Nikmat melihat orang tersayang di depan mata.. Nikmat merasa makanan dan minuman... Nikmat melihat, mendengar dan berkata-kata dan banyak lagi nikmat yang tak mampu nak dihitung..

Makanya, bersyukurlah selalu atas setiap nikmat yang Allah beri.. Jom kita hayati dan renungi terjemahan ayat ke 13, surah Ar Rahman.. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
 
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Nur... InsyaAllah di lain masa kita bertemu lagi dalam perkongsian yang lain...

Yang baik daripada Allah,
Yang kurang daripada saya..

Kita akhiri perkongsian ini dengan surah Al Asr Dan tasbih kifarah
Cik Nur 

Tuesday 14 March 2017

BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN

Assalamu'alaikum wrt wbt & Salam Sejahtera... =)

Kai fahalukum? ^_^

Bismillahirramanirrahim... SubhanaAllah, Alhamdulillah, Alluakbar..

Setelah sekian lama CikNur tak update blog, harini merindui untuk mencoret di sini.. Harini CikNur nak mencoret mengenai BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN.. =)

Untuk memulakan perkongsian ini, jom kita hayati terjemahan ayat dari surat cintaNya.. ;)  "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan... (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.." Surah Ash-Sharh ayat 5-6

Setiap seorang daripada kita pasti pernah lalui saat kesulitan.. Ada yang tabah mengharungi dan kian perbaiki hubungan dengan Dia.. Tak kurang juga yang rebah di pertengahan jalan..

Yang susah, akan dipermudahkan dengan izinNya.. Dia tidak menguji kita melebihi kemampuan kita.. Adakalanya saat kesulitan itu kita akan mensyukuri pelbagai nikmat yang Allah telah beri selama ini.. Bila diuji dengan kesulitan, jangan give up..

Kesulitan itu sebentar saja, nanti kemudahan akan hadir menyinarimu.. Yakin jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat.. ^_^ Tenanglah saat menghadapi kesulitan, kerana Dia sentiasa bersama..

Pengalaman CikNur, bila diuji kita harus kuat, tabah dan sabar melalui ia.. Adakala bila kita dah lalui dan kita ingati semula, kita akan rasa saat itu adalah salah satu kenangan manis kita dan ada kemudahan yang hadir bersama ujian tersebut..

Dunia ini adalah pentas ujian.. Di akhirat sana kita akan melihat jawapannya.. Hidup ini cuma seketika, laluilah segalanya dengan penuh keimanan, kesabaran dan ketabahan.. Semoga setiap diri diberkati Ilahi..

Kita akhiri perkongsian ini dengan tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.. Semoga perkongsian daripada CikNur memberi manfaat buat kalian dan menambah saham di sana... Fi hifzillah.. ;)