Monday 6 May 2019

MENYALAHKAN ATAU MENGUBAH

  Assalamu'alaikum wrt wbt 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

  In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful..

  
  Saban hari kita menemui pelbagai ragam manusia. Samaada menyenangkan hati kita atau sebaliknya. Tak dilupakan juga kita sering melalui emosi atau situasi negative yang memberi kesan kepada diri kita.

  Jadi, kita nak salahkan orang lain atau situasi atau emosi totally? Siapa kalau kita mencari tempat untuk menyalahkan memang mudah tapi hati tetap tak tenang. Aduh, macam mana ni?

  Nak tahu the best solution? Nak ke 👀

  Ubah cara kita memandang dan menilai perkara, orang dan situasi. Contohnya, kita rasa kita dibenci oleh orang sekeliling dek kerana mereka tidak memberi senyuman atau menyapa kita. Cuba fikirkan, "mungkin mereka ada perkara yang sedang difikirkan atau mereka juga malu. Semoga Allah memudahkan urusan mereka." 

  Situasi yang sama tapi gaya pemikiran atau sudut pandangan yang berbeza akan menghasilkan hasil yang berbeza. Cuba fikir kalau kita kekal dengan rasa dibenci? Are you happy my dear? No right.

 So, let's try to practice this everyday. ☺️ Bahagiakan diri, ubah sudut pandangan, ubah diri sendiri lalu automatically dunia kita akan terasa berbeza.

 Slowly. Tak boleh ubah semua, at least sikit-sikit lebih elok berbanding tiada langsung. Kan? 
  
  Setakat ini sahaja coretan Cik Nur kalini. Hmm lama tak mencoret panjang terasa agak kekok. 🤣😂

 Ramadan Kareem 🌹

                         Cik Nur


Thursday 11 April 2019

MERENUNG SEJENAK

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful...

 Kita ini sentiasa dilanda kesibukan, dalam  bahasa lain always busy.  Namun, dicelahan kesibukan itu kita harus mengambil masa seketika untuk merenung sejenak.

 Berikan peluang kepada diri untuk ruang privasi. Tatkala merenung sejenak, banyak perkara terlintas dalam kepala. Baik dan buruk semuanya kita akan kenang. Alahai pantasnya masa berlalu seiring dengan proses kematangan berlaku. Kan? ☺️

 Andai kita tidak merenung, pasti lebih banyak syukur yang kita terlepas. Do you know, you must be grateful for everything? And. Did you realize that God really love you?


  I know, sometimes it's hard to remember and see a good things in our past but why not we try to "merenung sejenak". 🤗

 Our life is too short my dear, dalam sibuk macam mana pun don't forget about "merenung sejenak". Look how our life has changed. 

 Dalam merenung tu, pastikan kita berhubung dengan Sang Pencipta. 😘 Ehh cik Nur rasa coretan kali ni agak "pening-pening lalat". 😂 


Wednesday 16 January 2019

'COMEBACK STRONGER'


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful...

 Lama sudah laman blog ciknurbercerita tak dijenguk dan dimuatnaik perkongsian terbaru.


 Dah tak mencoret ke? Jawapan taklah, ciknur masih mencoret di Facebook dan Instagram dengan nama pena kakwa atau kakwawa. ☺️ 

 Oleh kerana harini berkesempatan, ciknur hendak mencoret tentang comeback stronger.

 Apa pengertian comeback stronger bagi kita? Kembali bangkit setelah lama gagal atau bagaimana?

 Apa sahaja pandangan kita tiada siapa yang halang. 

 Bicara tentang kembali kuat, bukan senang bagi semua orang. Tapi percaya tak, bahawa kita semua amat kuat hadapi kehidupan dan ujian?

 Renunglah sejenak, sejauh mana kita dah hadapi ujian yang Tuhan kurniakan. Hebatnya Dia memberi ujian bersesuaian dengan kemampuan kita.

 Barangkali setiap kali ujian mengetuk pintu, berat terasa ingin menerima. Tanpa kita sedari, selepas melaluinya kita akan rasa syukur dan tak percaya bagaimana kita dapat hadapi ujian itu.

 Be strong! No body can hurt you heart if you protect it. Hadapi ujian dengar sabar, syukur dan senyum. Then, biarkan sahaja apa yang orang kata. Ya, lah we can't control their mouths. 😂

 Remember, God loves you. For me, comeback stronger adalah perkara paling hebat everyone can do it. Just go for it!

 Yakinlah pada Tuhan, setiap kesukaran ada kemudahan seperti firman-Nya dalam surah Al Insyirah ayat 5 dan 6,

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesugguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."


 In sya Allah bertemu lagi pada coretan akan datang.