Follow by Email

Friday, 19 July 2013

Usaha Jangan Berputus Asa


 Semua orang mempunyai masalah tersendiri.Saya juga mempunyai masalah, tetapi kita tidak boleh mengaku kalah.Sebelum ini saya pernah terfikir kenapa semua orang ada masalah.Kini baru saya dapat jawapan bagi soalan saya itu.

 Jawapan yang saya dapat ialah kerana Allah sayangkan kita.Saya mempunyai rakan yang luntur semangatnya kerana ayahnya telah meninggal dunia.Selepas seminggu rakan saya masih bersedih.Saya bertanya kepada dia kenapa dia perlu sedih terlampau lama.Dia jawab"Dia tiada semangat lagi."

Saya terfikir kenapa rakan saya terlalu sedih.Tiba minggu peperiksaan bulan Mac dia masih tiada semangat.Selepas tamat minggu peperiksaan,keputusan peperiksaan diumumkan dia mendapat nombor paling corot di dalam kelas.

Keesokan harinya saya memujuk dia dengan kata-kata semangat.Tiba peperiksaan bulan Jun dia bersemangat untuk menduduki peperiksaan.Apabila diumumkan kedudukan dia telah mendapat nombor yang terbaik.Sebelum cuti dia berkata kepada saya"Terima kasih Nur kerana awak memberi saya sokongan dan dorongan supaya tidak berputus asa.Sejak hari itu saya terus berusaha."itu lah kata-kata yang diucapkan oleh dia.

Kesimpulan dari cerita ini kita tidak boleh berputus asa dan jika rakan kita berputus asa berilah dia kata-kata semangat.