Follow by Email

Wednesday, 7 November 2012

Ubah Kehidupan.

     Lihat dengan mata bagi memberi. Mereka yang bahagia adalah mereka yang banyak memberi bukan menerima.

    Manusia mempunyai kehidupan yang baik, namun kita kadangkala mmmenyalahkan  kehidupan apabila melihat orang lain boleh melakukan tetapi kita tidak. 
   
   
  Tidak semestinya hari ini kita gagal dan hari berikutnya kita masih gagal. Kita seharusnya berusaha untuk hari seterunya.


  Contoh hari pertama buat kek tak menjadi kari kedua kita buat insyaalah kek itu menjadi. Lagi satu contoh tengok bayi nak belajar berjalan kali pertama cuba terjatuh tetapi bayi itu bangun semula dan cuba hingga boleh berjalan.

Bayi Luar Biasa

  Aminah binti Wahab baru saja melahirkan seorang bayi lelaki yang comel. Bapa mertuanya yang bernama Abdul Mutalib ialah orang yang gembira dengan kelahiran itu. Abdul Mutalib menamakan cucu kesayanganya itu Muhammad,ertinya `yang terpuji`.

   Belum ada lagi orang Arab yang menamakan anak ,cucu mereka dengan nama Muhammad.  Abdul Mutalib berharap apabila semua orang memanggil cucunya Muhammad (yang terpuji) mudah-mudahan suatu hari nanti cucunya akan mendapat kedudukan yang mulia dan yang terpuji ,di sisi manusia lebih-lebih lagi di sisi Tuhan.

   Abdul Mutalib tidak dapat bermanja lebih lama dengan cucunya. Bayi comel itu perlu diserahkan kepada ibu susuannya yang datang dari daerah pedalaman yang bersih dan segar udaranya. Tempat itu selalunya jauh dari Makkah.

  Suatu hari,datanglah beberapa orang wanita dari desa pedalaman ke Makkah.Mereka mencari bayi untuk disusui. Mereka melakukan pekerjaan itu bagi mendapat upah.

   Oleh sebab itu,mereka hanya memilih bayi datang daripada keluarga berada kerana upahnya sudah tentu lebih lumayan.   Dengan demikian ,cucu Abdul Mutalib tidak mendapat perhatian.

  Ini kerana bayi itu sudah tidak ada ayah.Ayahnya meninggal dunia semasa dia masih dalam kandungan ibu. Wanita-wanita penyusu itu tidak mahu mengambilnya kerana bimbang tidak akan mendapat upah yang setimpal.

  Seorang wanita miskin yang baik hati bernama Halimah tidak mendapat bayi untuk disusui .  Lalu dia mengambil bayi Aminah. Sebaik sahaja melihat bayi itu, Halimah rasa berkenan di jauh hati kepadanya.

  Dia mahu mengambil bayi itu tanpa menghiraukan lagi tentang upah yang akan diterimanya, sama ada banyak atau sedikit. Dia sangat tertarik dengan bayi comel yang sedang didakapnya.

  Dengan rasa gembira, Halimah membawa bayi yang bernama Muhammad itu bertemu suaminya. Mereka sudah boleh pulang ke desa kerana sudah mendapat bayi yang hendak disusukan.

  Apabila sampai di tempat unta suaminya ditambat, Halimah sungguh terkejut . Suaminya memberitahu bahagian tempat susu unta betina mereka dipenuhi susu . Walhal sebelumnya unta kurus itu langsung tidak ada susu.