Wednesday 16 January 2019

'COMEBACK STRONGER'


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

 In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful...

 Lama sudah laman blog ciknurbercerita tak dijenguk dan dimuatnaik perkongsian terbaru.


 Dah tak mencoret ke? Jawapan taklah, ciknur masih mencoret di Facebook dan Instagram dengan nama pena kakwa atau kakwawa. ☺️ 

 Oleh kerana harini berkesempatan, ciknur hendak mencoret tentang comeback stronger.

 Apa pengertian comeback stronger bagi kita? Kembali bangkit setelah lama gagal atau bagaimana?

 Apa sahaja pandangan kita tiada siapa yang halang. 

 Bicara tentang kembali kuat, bukan senang bagi semua orang. Tapi percaya tak, bahawa kita semua amat kuat hadapi kehidupan dan ujian?

 Renunglah sejenak, sejauh mana kita dah hadapi ujian yang Tuhan kurniakan. Hebatnya Dia memberi ujian bersesuaian dengan kemampuan kita.

 Barangkali setiap kali ujian mengetuk pintu, berat terasa ingin menerima. Tanpa kita sedari, selepas melaluinya kita akan rasa syukur dan tak percaya bagaimana kita dapat hadapi ujian itu.

 Be strong! No body can hurt you heart if you protect it. Hadapi ujian dengar sabar, syukur dan senyum. Then, biarkan sahaja apa yang orang kata. Ya, lah we can't control their mouths. 😂

 Remember, God loves you. For me, comeback stronger adalah perkara paling hebat everyone can do it. Just go for it!

 Yakinlah pada Tuhan, setiap kesukaran ada kemudahan seperti firman-Nya dalam surah Al Insyirah ayat 5 dan 6,

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, 
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesugguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."


 In sya Allah bertemu lagi pada coretan akan datang.