Friday 5 December 2014

MUSLIMAH AKU SAYANG PADAMU (1)

Assalamu'alaikum warahmatullah hi ta'ala wabarokatuh!

Apa khabar semua? Ciknur rindu nak bercerita semula tetapi apakan daya Allah tidak beri kelapangan dan hari ini Ciknur berkelapangan..Alhamdulillah...

Ciknur cukup sayang dengan semua muslimah tak kira sama ada muslimah itu, berskirt paras lutut, berbaju tanpa lengan, tudung tak cukup kain, niqabis, tudung labuh dan semua.. Ciknur tak marah dan nak hukum bagi mereka yang berskirt paras lutut, berbaju tanpa lengan, dan tudung tak cukup kain malah ciknur lebih sedikit sayang pada kamu..  Ciknur selalu berdoa semoga golongan yang belum dapat menutup aurat dengan sempurna ini satu hari nanti Allah berikan mereka hidayah..

Kenapa Ciknur sayang golongan itu? Sebab kita tidak tahu mungkin hari ini kita rasa kita lebih baik daripada mereka tetapi akan datang kita tidak tahu mugkin dia lebih baik berbanding kita.. Jangan bila kita lihat mereka ini terus berkata "eeiii tak tutup aurat masuk api neraka", jangan sayang sebab hanya Allah yang layak menilai..

Ciknur cuma nak pesan sayang tolong berubah pakai pakaian yang menutup aurat ya? Ciknur sayang kepada awak sebab itulah Ciknur pesan sebab Ciknur tak nak tengok awak masuk ke lembah api neraka kalau boleh Ciknur nak lihat awak lebih baik daripada Ciknur... Ciknur nak pesan juga setiap  hari baca satu muka surat al-Quran yang ada terjemahan dalam bahasa Malaysia dan jangan lupa solat.. InsyaAllah hari demi hari awak akan berubah dan jadi lebih baik daripada dahulu..

Cuba berjinak-jinak dengan sarung lengan, sarung kaki, seluar panjang sebagai inner, baju kurung, tudung yang labuh insyaAllah buat sedikit demi sedikit awak pasti boleh istiqamah dalam penghijrahan ini sayang..


Jangan kisah apa orang kata kerana Allah tetap bersama kita walau di mana jua dan dalam keadaan apa sahaja.. Rezeki di tangan Allah kalau Allah kata itu bukan rezeki awak tapi ini rezeki awak jangan risau untuk berhijrah...

Semoga istiqamah..

Assalamu'alaikum

Saturday 27 September 2014

NASIHAT BUAT MUSLIMAH ^^

Bismillah.. =)

Nasihat ni khusus buatmu wahai muslimah daripada pemilik page Tinta Mutiara dan ciknurbercerita.blogspot..

Tutuplah auratmu, jaga pandanganmu dan jaga tingkah laku mu..  ^_^ Muslimah dikau amat berharga bak intan pemata yang dijaga dengan rapi serta nilainya sangat tinggi!  Muslimah, setiap kali bertembung dengan lelaki di laluan tundukkan sedikit pandanganmu.. =)

Muslimah, usah menjadi mawar berduri kerana baunya masih dapat dihidu oleh sesiapa sahaja tetapi jadilah kaktus berduri kerana ianya tiada bau yang dihidu... =) Muslimah, tutup aurat dengan sempurna biar orang sekeliling kata anda ketinggalan zaman sekalipun.. =D

Taat akan perintah Allah, kedua ibu bapa dan suamimu dan Syurga menanti mu.. ^_^ Muslimah, berusahalah untuk menjadi seorang yang terbaik kerana mungkin usaha mu itu diberkati oleh Allah dan dipermudahkan serta diberi istiqamah.. =)

Muslimah, jika kau tidak berpurdah @ berniqab tidak mengapa asalkan kau menutup aurat dengan sempurna.. =) Muslimah, jika dirimu tidak popular di laman sosial atau di luar kerana ada hikmah di sebaliknya.. ^_^

Wahai muslimah sayang kamu kerana Allah.. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu, diberkati dan dirahmati selalu serta istiqamah dalam menuju ke arah yang lebih baik.. =)

Jazakillahhu khairan kathira.. =)

Sunday 7 September 2014

50 TANDA MUNAFIK (BAHAGIAN 2)

Assalamu'alaikum semua pembaca blog cik nur ^^
Bahagian 1 sudah terbit dan ini sambungannya..
Selamat membaca ya.. =)

50 Tanda Munafik.(Bahagian 2)
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai.
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran Islam.
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang.
34. Bermuka-muka.
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya.
36. Sombong diantara sesama manusia.
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah.
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim.
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran.
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah.
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah.
42. Mengkhianati sesuatu amanah.
43. Memecah belahkan perpaduan kaum muslimin.
44. Memecah belahkan perpaduan kaum.
45. Menghalalkan perkara yang haram.
46. Membuat kerosakan di muka bumi.
47. Menuduh orang beriman bodoh.
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah.
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT.
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.
*Saya harap perkongsian di atas memberi pelajaran kepada kita semua.
Yang baik dari Allah SWT,
Yang kurang dari saya

Friday 5 September 2014

50 TANDA MUNAFIK [BAHAGIAN 1]

Assalamu'alaikum.. ^_^
Selamat membaca dan maaf Cik Nur lama tidak bercerita di blog ini..

50 Tanda Munafik. [Bahagian 1]
1. Malas beribadah kepada Allah SWT.
2. Lupa kepada Allah SWT.
3. Melalaikan solat fardu.
4. Mempercepatkan mengerjakan solat.
5. Gemar menginggalkan solat berjemaah.
6. Meninggalkan solat Jumaat.(bagi lelaki)
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf.
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi.
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan.
10. Riak.
11. Hasad Dengki.
12. Dusta.
13. Mungkir janji.
14. Bakhil.
15. Fitnah.
16. Mencaci maki.
17. Mengumpat.
18. Mengungkit kembali pemeberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya.
19. Mengingkari takdir Allah.
20. Mempersenda kesucian agama.
21. Enggan berjihad di jalan Allah.
22. Menghina sahabat Rasulullah.
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar.
24. Menangguh pembayaran hutang.
25. Menipu dalam jual beli.
26. Ghasab (merampas).
27. Bergaul dengan orang yang memperolok al-Quran.
28. Memakan harta anak yatim.
29. Membuka rahsia orang lain.
30. Berasa aman daripada muka Allah apabila melakukan dosa.

Bahagian 2 akan disambung nanti...
*Boleh dipercayai dan daripada sumber yang sahih..
*Saya harap perkongsian di atas memberi pelajaran kepada kita semua.
Yang baik dari Allah SWT,
Yang kurang dari Cik Nur =)

Tuesday 15 July 2014

TIPS MENJADI LEBIH KREATIF DALAM MENGAHARUNGI HIDUP

Assalamu'alaikum semua.. ^^
Kali ini Cik Nur kongsikan satu tips yang amat istimewa buat semua.. ^^
Tip menjadi lebih kreatif dalam mengharungi hidup.

1. Berani mencuba benda atau perkara baru..
2. Kembangkan rasa ingin tahu...
3. Bersedia untuk salah dan gagal..
4. Fikirkan 1001 alternatif dan solusi..
5. Luaskan bacaan..
6. Tidak meremehkan hal-hal kecil..
7. Menghargai semua orang..
8. Berani berbeza...
9. Selalu mencatat idea-idea yang ditemui..
10. Berdaya juang untuk menyelesaikan idea-idea..

Jazakallah kepada semua pembaca blog Cik Nur.. =)

Friday 11 July 2014

HIJRAH TITIK PERMULAAN BAHARU

Assalamu'alaikum buat semua pembaca blog Cik Nur..

Hijrah terbahagi kepada 5 iaitu : 1 . Hijrah tempat tinggal..
                                                 2 . Hijrah luaran..
                                                 3 . Hijrah dalaman..
                                                 4 . Hijrah tempat tinggal,luaran dan dalaman..
                                                 5 . Hijrah luaran dan dalaman..
Cik Nur pasti ada yang ingin berhijrah tetapi tidak mempunyai kekuatan dan merasakan apa yang orang akan kata.. Bagi Cik Nur jika sudah terdetik di hati untuk berhijrah teruskan kerana Allah sentiasa bersama kita.. Jangan fikir "Apa yang orang akan kata mengenai aku nanti" kerana kita memang tidak boleh menutup mulut manusia..

Kalau kita ingin berhijrah untuk bertudung labuh tetapi dalam fikiran ada perkataan ini " Aku bukannya baik sangat , dan aku bukannya alim sangat" bagus sekiranya anda ada terfikir perkataan seperti ini saya cadangkan sambil berhijrah untuk bertudung labuh sambil itu juga kita tingkatkan amalan baik insyaAllah, Allah permudahkan urusan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik..

Kalau Allah dah jentik hati untuk berhijrah Alhamdulillah sebab tidak semua orang Allah jentik hatinya.. Jangan malu untuk mencari asatizah atau orang yang boleh kita ajukan soalan dan penjelasan.. Hijrah ini tidak terhenti apabila kita rasa sudah cukup segalanya tetapi Hijrah ini perlu berterusan dan rasa masih ingin tambah ilmu di dada..

Kalau sekarang boleh lihat pelbagai grup usrah ditubuhkan di media sosial facebook sertailah grup itu insyaAllah hati akan menerima segala perkongsian dan perbincangan di grup usrah tersebut..

Sampai di sini sahaja Cik Nur menaip..

Boleh sertai grup yang Cik Nur tubuhkan iaitu KAMI DAI'E MUDA ini linknya :
https://www.facebook.com/groups/576991425688692/

Sekiranya ingin berkongsi kisah penghijrahan boleh inbox saya di facebook  https://m.facebook.com/puteri.sakura.7547?ref=bookmarks

Yang baik daripada Allah,
Yang kurang daripada Cik Nur..

Jazakallah

Sunday 22 June 2014

RAMADHAN AL - MUBARAK

Assalamu'alaikum ^_^

Alhamdulillah bulan Ramadhan yang ditunggu - tunggu oleh semua ummat Islam telah tiba lagi.. Alhamdulillah juga kita masih berpeluang menyambut Ramadhan tahun ini.. Lagi 6 hari sahaja Ramadhan akan tiba dan kita akan berpuasa selama 29 hari..

Ramadhan kali ini kita kena buat perubahan jangan jadikan Ramadhan hanya berpuasa tahan lapar dan dahaga sahaja tetapi kita juga perlu menjaga mata , mulut , dan pendengaran kita.. Kalau berpuasa hanya tahan lapar dan dahaga kita tidak dapat merasakan keseronokan sebenar.. Sempena bulan Ramadhan ini banyakkanlah membaca Al-Quran, berdzikir, selawat , dan beramal. InsyaAllah, kita akan dirahmati Allah sekiranya melakukan niat kerana Allah dan Ikhlas daripada hati dan bukannya kerana paksaan ataupun kerana manusia sahaja..

Sekarang ini banyak laman sesawang yang berfaedah dan bermanfaat yang boleh kita layari.. Boleh buka laman sesawang atau you tube dan boleh tonton video surah kan dengar bacaan Al-Quran pun dapat pahala.. Sambil tonton video cubalah ikuti bacaannya insyaAllah kita boleh lancar dan hafal surah itu.. Kalau boleh dalam bulan Ramadhan kali ini  kurangkan pembaziran kerana apabila pergi Bazaar Ramadhan pasti akan tergoda dengan pelbagai makanan dan minuman dan tanpa sedari tangan sudah penuh dengan beg plastik makanan sahaja cuba amalkan sebelum beli fikir betulkah hendak makan apabila dibeli sekiranya tidak, tidak beli pun tidak mengapa bukan?

Kalau boleh tidak perlulah setiap hari beli makanan di Bazaar Ramadhan selang seli sekiranya sudah memasak di rumah tidak perlu membeli kerana ianya berlaku satu pembaziran.. Untuk baju raya beli tidak perlu beli sampai 3 pasang beli sepasang pun sudah mencukupi..

Kena selalu ingat orang yang lebih susah daripada kita.. Cuba bayangkan kita sering meminta baju raya baru tetapi mereka yang lebih susah daripada kita hanya bersyukur dengan baju yang mereka sedia ada..Buat perubahan untuk Ramadhan kali ini dan seterusnya..

Itu sahaja daripada saya..
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak buat semua pembaca blog Cik Nur.. ^^

Friday 14 March 2014

DOA ADALAH PEDOMAN KITA


Assalamu'alaikum

Apa khabar semua? Semoga semua pembaca blog Cik Nur sentiasa dalam lindungan dan rahmat Alllah S.W.T, diberi kesihatan yang lebih baik, sentiasa ceria, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan moga Allah ampunkan dosa para pembaca blog Cik Nur dan Cik Nur.

Doa adalah pedoman kita itulah tajuk kita pada hari ini. Hari ini satu dunia gempar dengan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines yang kodnya MH 370 yang menghala ke Beijing. Sing in twitter sahaja sudah penuh dengan berita kehilangan MH 370, log in facebook juga sama. Ada yang berfikiran sudah enam hari pesawat MH 370 pasti penumpang serta anak kapal sudah meninggal mungkin salah andaian kita jika Allah sudah tetapkan mereka masih hidup  dan masih bernafas apa yang kita mahu jawab? Sekarang ini kita diberi pelbagai ujian antaranya ialah , kemarau, jerebu, kehilangan pesawat Mh 370 dan lain-lain.

Allah beri kita ujian kerana Allah tahu kita boleh mengharungi ujian Allah itu. Kita sudah banyak berusaha tetapi adakah kita berusaha untuk berdoa tanpa henti,  dan tunaikan solat sunat hajat,. Doa adalah sesuatu yang hebat! Bukan ketika kita sedang diuji sahaja perlu berdoa setiap masa kita perlu berdoa kerana Allah sangat suka kepada hamba-Nya yang selalu merintih , meminta pertolongan, dan mengadu kepada Allah kerana Allah lah pencipta kita. Pada masa ini kita tidak boleh berhenti berdoa.

Sedangkan pada zaman nabi juga mereka berdoa pada Allah S.W.T apabila ditimpa musibah. Pelbagai doa yang kita dapat ketahui apabila membaca al-Quran yang mempunyai tafsir. Apabila kita berdoa, berdoalah dengan penuh rasa kehambaan, kehinaan, merintih kepada Allah. Kenapa kita perlu rasa malu apabila menangis di hadapan Allah sedangkan kita tidak ada sedikit pun rasa malu mengutuk ciptaan Allah? Allah maha pengampun dosa-dosa kita. Pada masa inilah kita bersama-sama memohon keampunan daripada Allah dan moga Allah makbulkan dan terima doa serta taubat kita.

 Tetapi bukan masa ini sahaja kita berdoa dan memohon keampunan daripada Allah tetapi setiap hari kita memohon keampunan daripada Allah dan mengadu pada Allah segala masalah kita. Doa tidak boleh kita baca hari sahaja dan hari seterusnya kita berhenti, setiap hari kita perlu berdoa mungkin Allah akan terima doa kita.
Marilah bersama-sama kita menadah tangan untuk memohon doa kepada Allah semoga Allah permudahkan segala urusan pencarian pesawat MH 370, semoga anak kapal serta penumpang pesawat MH 370 sentiasa dalam lindungan serta rahmat Allah, juga kita doakan semoga Allah tabahkan hati keluarga mangsa kehilangan pesawat MH 370. Berdoalah dengan penuh rasa kehambaan dan dengan penuh rasa keinsafan. Jika di laut, timbulkanlah..
Jika di darat, tunjukkanlah.. Jika di langit, turunkanlah.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini. Allah maha mengetahui apa yang berlaku...

SAAT KEMATIAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

Pada 23 Zulhijjah tahun 23 Hijrah Umar al Khattab dibunuh oleh Abu Lu’lu’ dalam masjid ketika menjadi imam sembahyang subuh. Setelah menikamnya sebanyak 6 kali maka Abu Lu’lu’ cuba melarikan diri namun dihadang oleh ahli jemaah yang berada dibelakang Umar al Khattab. Abu Lu’lu’ yang bersenjatakan pisau bermata dua sempat menikam 13 orang sebelum membunuh diri.
Dalam keadaan luka parah dan menahan kesakitan Umar al Khattab menyuruh Abdul Rahman Auf menjadi imam sembahyang. Selesai sembahyang baru mereka mendapatkan Umar al Khattab yang sedang terbaring berlumuran darah.
“Siapa yang menikamku?” tanya Umar al Khattab.
“Abu Lu’lu’ hamba Mughirah Syu’bah,” jawab Abdullah.
“Syukur kepada Allah kerana aku tidak dibunuh orang Islam,” ujar Umar al Khattab.
Datang seorang tabib cuba memberikan rawatan. Kemudian diberinya minum tetapi minuman itu keluar dari perutnya yang luka.
“Wahai Amirul Mukminin, sudah tiba masanya,” kata tabib itu.
Orang ramai menangis tetapi ditegah oleh Umar dengan berkata.
“Jangan kamu menangis. Nabi bersabda orang yang mati terazab dengan tangisan keluarganya.
”Kemudian Umar al Khattab memanggil anaknya Abdullah supaya menemui Aisyah isteri Rasulullah saw mohon kebenaran disemadikan bersebelahan dengan kubur baginda. Aisyah membenarkan dengan berkata . “Sebelum ini aku telah menyimpan tempat itu untuk aku tetapi hari ini aku menyerahkannya kepada Umar.”
“Wahai Amirul Mukminin, apakah tuan akan melantik Abdullah bin Umar sebagai pengganti?” tanya Al Mughirah.
“Demi Allah, aku haramkan keluarga dari jawatan ini…” jawab Umar al Khattab.
Kemudian Umar al Khattab menamakan 6 orang sebagai calun khalifah mereka ialah Uthman Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf dan Sa’ad bin Abi Waqas. Mereka akan dipilih oleh ahli majlis syura.
Kemudian Umar al Khattab memberi wasiat kepada anaknya Abdullah bahawa beliau mempunyai hutang sebanyak 8 ribu dirham. “Jual semua hartaku untuk membayarnya. Jika tidak cukup kamu yang membayarkannya. "
Ali bin Abi Talib memandi dan mengkafankan Umar al Khattab. Kemudian beliau berkata. “Demi Allah, orang yang diselubungi kain kafan ini begitu cinta untuk menemui tuhannya.”
Jenazah Umar al Khattab disembahyangkan di masjid dengan Suhaib menjadi imamnya. Kemudian disemadikan bersebelahan dengan kubur Rasulullah saw dan Abu Bakar as Siddiq. Orang yang turun ke liang lahad adalah Uthman Affan, Sa’id bin Zaid, Suhaib bin Sinan dan Abdullah bin Umar.
Kubur tiga sahabat sejati itu sentiasa dikunjungi orang ramai hingga ke hari ini. Setelah menziarahi dan berdoa di makam Nabi Muhamad saw dan Abu Bakar teruslah berdoa untuk Umar al Khattab pula.
“Salam sejahtera ke atasmu wahai yang
menzahirkan Islam secara terang-terangan. Salam sejahtera ke atasmu wahai yang telah diberi gelaran al Faruq yang memisahkan antara yang benar dan salah, salam sejahtera ke atasmu yang sentiasa bercakap benar serta memelihara anak yatim dan menghubungkan kasih sayang dan engkaulah yang menjadikan agama Islam kuat dan gagah. Maka terima lah salam sejahtera serta rahmat dari Allah ke atasmu.”