Thursday 6 April 2017

BERLARI MENUJU DIA

Assalamu'alaikum wrt wbt..😊

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussoliha..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segalanya.. Berlari menuju Dia, ini adalah tajuk entri kali ini...

Cik Nur mulakan perkongsian dengan surah Al Insyirah Dan doa penerang hati.. 🌸

Dalam hidup ini adakala ia tak menjadi seperti yang dirancang oleh kita, tetapi jangan lupa barangkali ketetapan Dia lebih baik buat kita..

Suatu masa dahulu ada seorang hamba Allah yang rebah di persimpangan dunia.. Lama dia memcari cara untuk bangkit semula dari jatuhnya itu.. Akhirnya dia berusaha dengan bangkit kerana Allah.. Dan di saat ini dia sedang berlari menuju Allah.. Siapakah dia ini? Inilah kita.. Inilah diri kita..

Di saat ini berapa ramai yang sedang berlari menuju Dia? Terlalu ramai..  Dan diantaranya adalah kita.. Kenapa harus kita berlari menuju dia?

Kerana hidup kita di sini adalah kerana Allah dan akan kembali kepada Allah.. Perjalanan kita akan kembali kepada Dia Maha Penyayang.. Jadi daripada sekadar berjalan menuju Dia, jomlah kita berlari menuju kasih sayang dan redha Dia..

Setiap satu langkah kita menuju Dia, 1000 langkah Dia dekat dengan kita.. Kita berlari kepada Dia, Dia menanti kita.. Tak jatuh ke kalau nak berlari ni?

Mungkin kita jatuh lagi, tapi jatuh yang berbeza.. Jatuh yang akan kembali bangkit dan terus berlari kepada Dia..

Sungguh berlari menuju Allah ini amat indah.. Walau adakalanya jalannya payah.. Dan di penghujungnya terlalu indah! Keindahan ini tiada tandingannya..

Jom bersama mengorak langkah berlari menuju Dia..

Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Nur.. Kita akhri dengan surah Al Asr dan tasbih kifarah...

Cik Nur 

Monday 3 April 2017

NIKMAT YANG ALLAH BERI

Assalamu'alaikum wrt wbt.. =)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahillazi bini'matihi tatimmussoliha...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya harini kita masih bernafas.. Petang yang penuh barakah ini Cik Nur nak berkongsi mengenai nikmat yang Allah beri..

 Setiap hari kita dikurniakan dengan pelbagai nikmat dari yang Maha Memberi... Apakah nikmat yang biasa kita terlupa untuk bersyukur dan kita masih nikmati setiap hari?  Jawapannya adalah nikmat nafas.. Adakala nikmat sihat diambil sekejap.. Tetapi kita persoalkan kenapa Allah ambil semula nikmat tu sampai lupa nak bersyukur masih dikurnia nikmat nafas..

Hmm apa lagi ya nikmat yang sering kita lupa nak bersyukur? Nikmat melihat orang tersayang di depan mata.. Nikmat merasa makanan dan minuman... Nikmat melihat, mendengar dan berkata-kata dan banyak lagi nikmat yang tak mampu nak dihitung..

Makanya, bersyukurlah selalu atas setiap nikmat yang Allah beri.. Jom kita hayati dan renungi terjemahan ayat ke 13, surah Ar Rahman.. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
 
Setakat ini sahaja perkongsian daripada Cik Nur... InsyaAllah di lain masa kita bertemu lagi dalam perkongsian yang lain...

Yang baik daripada Allah,
Yang kurang daripada saya..

Kita akhiri perkongsian ini dengan surah Al Asr Dan tasbih kifarah
Cik Nur