Follow by Email

Saturday, 1 September 2012

Kisah Hijrah Nabi Muhammad Saw

   Nabi Muhammad merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan luas .Baginda tidak pernah bertindak terburu -buru,  lebih-lebih  lagi dalam urusan menyeru manusia ke jalan Allah.   
     Selama tiga tahun selepas terpilih menjadi Rasul , Nabi berdakwah  secara sulit dan berhati-hati .             
      Baginda berbuat kerana hendak mengukuhkan dulu  kedudukan Islam .  Baginda  tidak mahu Islam yang baru beratapak itu menjadi  porak-peranda akibat  gangguan orang-orang kafir Quraisy.                  
       Setelah menerima wahyu daripada Allah supaya berdakwah secara terang-terang ,    baru Nabi  berbuat  demikian .     Sermenjak menerima wahyu itu baginda   bergerak cergas menyeru  kaumnya  secara terbuka  . 
       Usaha Nabi  berdakwah secara  terang-terang itu  menyebabkan orang-orang kafir  Quraisy bertambah bimbang .   Para pemimpin Quraisy  sangat khuatir agama  menyembah berhala yang dipusakai daripada  nenek moyang mereka akan lenyap akibat pengaruh Nabi  .    Hijrah tak semestinya dari tempat ke tempat yang lain .Dalam kisah hijrah    ini   apabila Nabi menerima wahyu dari Allah nabi berusaha untuk sebarkan dakwah nabi.