Nabi Muhammad merupakan seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan luas .Baginda tidak pernah bertindak terburu -buru, lebih-lebih lagi dalam urusan menyeru manusia ke jalan Allah.
Selama tiga tahun selepas terpilih menjadi Rasul , Nabi berdakwah secara sulit dan berhati-hati .
Baginda berbuat kerana hendak mengukuhkan dulu kedudukan Islam . Baginda tidak mahu Islam yang baru beratapak itu menjadi porak-peranda akibat gangguan orang-orang kafir Quraisy.
Setelah menerima wahyu daripada Allah supaya berdakwah secara terang-terang , baru Nabi berbuat demikian . Sermenjak menerima wahyu itu baginda bergerak cergas menyeru kaumnya secara terbuka .
Usaha Nabi berdakwah secara terang-terang itu menyebabkan orang-orang kafir Quraisy bertambah bimbang . Para pemimpin Quraisy sangat khuatir agama menyembah berhala yang dipusakai daripada nenek moyang mereka akan lenyap akibat pengaruh Nabi . Hijrah tak semestinya dari tempat ke tempat yang lain .Dalam kisah hijrah ini apabila Nabi menerima wahyu dari Allah nabi berusaha untuk sebarkan dakwah nabi.
No comments:
Post a Comment