Saturday 16 September 2017

TANAMAN INDAH



Assalamu'alaikum wrt wbt.. 😊

Harini cik Nur nak berkongsi mengenai tanaman.. Tanaman ni ta kiralah kita tanam pokok bunga ke sayur-sayuran ke dan lain-lain.. Menanam ni selain boleh dijadikan hobi ianya juga boleh jadi terapi.. 😍😍😍

Selain itu, melalui menanam pokok ni kita dapat melihat kebesaran Allah SWT.. 😍 Indahnya saat kita menanam pokok ni kita dapat belajar banyak perkara.. Contohnya, kita belajar hayati nama Allah Yang Maha Sabar saat kita sabar menunggu pokok tersebut membesar, kita menghayati nama Allah Yang Maha Penyayang ketika kita menyayangi pokok yang ditanam dan kita menghayati nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan saat kita melihat proses kitaran pokok itu..

Renungilah, renungilah dengan mata hati kita.. Pelajarilah sebanyak-banyak perkara dari sekecil perkara seperti menanam.. Ruginya kita bila lihat tumbuhan yang indah namun lupa kepada Penciptanya yang lebih indah..

Kehidupan kita umpama tumbuhan yang indah ini.. Dari kecil ianya membesar.. Pokok hadapi pelbagai cabaran sepanjang ia membesar.. Selain tu pokok juga perlukan kasih sayang macam kita.. Sampai masa pokok akan sakit.. Suatu masa pokok akan mati.. Pokok juga satu makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah..

Lihatlah, segala di sekeliling kita adalah bukti kebesaran Allah.. 😊 Semoga tumbuhan ni terus membesar dan membesar serta memberi manfaat..



Psss, jom sama-sama tanam pokok.. Cintai alam sekitar.. 😘 InsyaAllah nanti cik Nur nak tanam pokok bunga juga.. πŸ˜„ Semoga baby bawang dan baby cabai ni membesor dengan jayanya.. Lepas ni tanam pokok lain pulak.. 🌿🌱🌱🌱

No comments:

Post a Comment