Tuesday 14 March 2017

BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN

Assalamu'alaikum wrt wbt & Salam Sejahtera... =)

Kai fahalukum? ^_^

Bismillahirramanirrahim... SubhanaAllah, Alhamdulillah, Alluakbar..

Setelah sekian lama CikNur tak update blog, harini merindui untuk mencoret di sini.. Harini CikNur nak mencoret mengenai BERSAMA KESULITAN ADA KEMUDAHAN.. =)

Untuk memulakan perkongsian ini, jom kita hayati terjemahan ayat dari surat cintaNya.. ;)  "Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan... (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.." Surah Ash-Sharh ayat 5-6

Setiap seorang daripada kita pasti pernah lalui saat kesulitan.. Ada yang tabah mengharungi dan kian perbaiki hubungan dengan Dia.. Tak kurang juga yang rebah di pertengahan jalan..

Yang susah, akan dipermudahkan dengan izinNya.. Dia tidak menguji kita melebihi kemampuan kita.. Adakalanya saat kesulitan itu kita akan mensyukuri pelbagai nikmat yang Allah telah beri selama ini.. Bila diuji dengan kesulitan, jangan give up..

Kesulitan itu sebentar saja, nanti kemudahan akan hadir menyinarimu.. Yakin jika tidak di dunia, insyaAllah di akhirat.. ^_^ Tenanglah saat menghadapi kesulitan, kerana Dia sentiasa bersama..

Pengalaman CikNur, bila diuji kita harus kuat, tabah dan sabar melalui ia.. Adakala bila kita dah lalui dan kita ingati semula, kita akan rasa saat itu adalah salah satu kenangan manis kita dan ada kemudahan yang hadir bersama ujian tersebut..

Dunia ini adalah pentas ujian.. Di akhirat sana kita akan melihat jawapannya.. Hidup ini cuma seketika, laluilah segalanya dengan penuh keimanan, kesabaran dan ketabahan.. Semoga setiap diri diberkati Ilahi..

Kita akhiri perkongsian ini dengan tasbih Kifarah dan Surah Al Asr.. Semoga perkongsian daripada CikNur memberi manfaat buat kalian dan menambah saham di sana... Fi hifzillah.. ;)

No comments:

Post a Comment