Friday 28 October 2016

HIJRAH DEMI CINTA & REDHA ILAHI

Bismillahirrahmanirrahim... =)

Assalamu'alaikum wrt wbt... 😊
Kai fahaluki/a?
Masa ul khair...

Alhamdulillah dengan izin Allah cik Nur dijentik hati untuk menaip di sini... ✒ Dah lama kan cikNur tak update blog ciknurbercerita ni... Al kisah harini jom kita kupas mengenai HIJRAH DEMI CINTA & REDHA ILAHI...

Siapa dah bersedia nak bincang mengenai tajuk ni dengan cikNur say "SubhanAllah, Alhamdulillah, AllahuAkbar"... 😉 Dengan lafaz Bismillah cikNur mulakan tajuk HIJRAH DEMI CINTA & REDHA ILAHI 😍...

Dalam hidup kita akan ada penghijrahan... Sepertimana dalam perkongsian sebelum ini ada 5 Hijrah, sila baca dulu ya kalau dah terlupa atau belum tahu lagi... ;) 👉 http://ciknurbercerita.blogspot.my/2014/07/hijrah-titik-permulaan-baharu.html?m=1

Untuk tajuk ni cikNur pilih Hijrah yang kelima iaitu Hijrah dalaman dan luaran.. Hijrah ni terdapat pelbagai faktor... Antaranya Lillahita'ala... Ini yang utama... Hijrah kita sebab Allah dan sebab nak cinta dan redha Allah SWT...

Dalam hijrah akan ada ujian... Ujian ini bukan tanda Allah benci tapi tanda Allah sayang... Adakala ujian dalam bentuk sindiran dan pandangan masyarakat... Adakala dalam bentuk hati yang memberontak ingin kembali ke zaman jahiliyyah... Setiap orang ujian hijrahnya berbeza...

Dalam menghadapi ujian hijrah ini kita mesti tambah ilmu dan tajdid niat... Niat hanya kerana Allah semata...

Hijrah dalaman dan luaran... Tak mudah tapi pengakhirannya dijanji indah... Kita mulakan hijrah dengan slow-slow... Kita mohon pada Allah tetapkan hati di atas jalan yang lurus dan benar... ;)

Siapa nak cikNur sambung lagi tajuk ni akan datang? Kalau ada permintaan insyaAllah cikNur sambung lagi... =)

Setakat ini sahaja kupasan kita... Kita akhiri perkongsian ini dengan tasbih kifarah dan surah Al Asr...

Yang baik daripada Allah,
Yang kurang daripada Cik Nur..


No comments:

Post a Comment