Monday 28 October 2013

INDAHNYA BERSAHABAT =)

Assalamu'alaikum,dan salam sejahtera..

Apa khabar?Dah lama Cik Nur tak update blog..Hari ini Cik Nur nak berkongsi tentang "IDAHNYA BERSAHABAT"...Pasti semua orang ada sahabat...Tidak kira tua atau muda pasti apabila ditanya tentang sahabat oran itu akan jawab saya ada sahabat..

Tidak dinafikan Cik Nur juga ada sahabat...Apabila bersahabat pastinya ikatan tali persaudaraan diantara mereka sangat rapat dan susah ingin diputuskan...Walaupun Cik Nur ada sahabat tetapi sahabat Cik Nur tidak seperti orang lain...Baiklah kita mulakan tentang indahnya bersahabat..Kawan kita memang ramai tetapi sahabat kita seorang sahaja iaitu rakan yang sentiasa menemani kita dalam susah dan senang bukan pada saat kita senang dia bersama apabila kita susah dia tinggalkan itu bukan sahabat..Sahabat seorang yang amat kita berasa senang apabila bersamanya..Sahabat kita sering bertanya khabar..Jika kita tidak sihat atau ditahan di wad pastinya sang dia akan cuba untuk melwat jika tidak boleh pasti dia akan mengirmkan doa kepada kita..

Sahabat tidak senang untuk dicari...Dalam seribu rakan kita hanya seorang sahabat kita...Sahabat ini seorang rakan yang setia kepada kita tidak pernah mengumpat tentang kita sebaliknya jika kita dibuli atau dihina pasti dia menjadi pembela yang setia...Tahu atau tidak sebenarnya yang kita anggap lawan kita sebenarnya dia lah yang akan membantu kita..Yang kita anggap kawan akan meninggalkan kita....Apabila bersahabat jangan lah lupa Allah..Seorang sahabat pasti akan mengingatkan kita semasa kita ditimpa musibah bahawa Allah sentiasa bersama kita...Seorang sahabat juga akan mengingatkan perkara yang kita terlupa..Inilah seorang sahabat sejati...

Saat pertemuaan atau perkenalan yang menjadikan saat yang paling istimewa bagi kita kerana semasa itu kita dapat mengenali antara satu sama lain...Sahabat bukan boleh dicari dalam masa 2 minggu tetapi berbulan-bulan kadang- kadang sehingga setahun baru kita dapat bertemu sahabat sejati kita itu...Sayangilah sahabat karib kita itu bersyukurlah kerana Allah telah mengurniakan seorang hamba yang hadir untuk menjadi sahbat kita..Bersyukurlah kerana tidak semua orang mempunyai sahabat baik atau karib...Bersyukurlah kerana kita dapat berkenalan dengan orang yang kini telah menjadi sahabat karib kita...

Kebiasaannya orang yang mempunyai sahabat karib mereka akan rehat di kantin bersama,makan bersama,suka dan duka bersama,ke tandas jika boleh mahu sahabat kita yang temankan betul atau tidak?
Sebenarnya orang yang mempunyai sahabat ini amat beruntung sekali kerana mereka ada orang untuk teman mereka saat suka dan duka...

Akhir kata daripada Cik Nur hargailah sahabat anda,sayangilah sahabat anda,bersyukurlah kerana kehadirannya kita boleh meluahkan suka dan duka...

Maafkan Cik Nur jika ada terkasar bahasa dalam cerita ini...

Yang baik daripada Allah,'
Yang kurang daripada saya..

Yang benar Cik Nur...Senyum Sokmo =)

No comments:

Post a Comment