Thursday 14 September 2017

BUKTI CINTA ALLAH

Assalamu'alaikum wrt wbt.. 😊

Allahurabbi lamanya cik nur tak menjenguk blog ni.. Baiklah cik nur hendak mencoret sesuatu yang istimewa buat kalian.. 😊

Setiap hari kita diuji dan diuji.. Betul tak? Ujian setiap dari kita mesti berbeza tetapi, ujian itu tetap bukti cinta dari Ilahi... Dia uji kerana Dia rindu rintihan kita.. Dia uji kerana Dia tak mau kita leka dengan nikmat dunia.. Lagi? Dia uji kerana Dia tahu kita mampu..

Ujian demi ujian, ini adalah penguat semangat untuk melangkah dengan lebih yakin kerana Allah.. Ujian itu juga penghapus dosa.. Haa ni kan tanda Dia sayang kita juga.. 😘

Andainya kita rasa tak mampu hadapi ujian, pujuklah hati dengan baca kalam Ilahi.. Setiap hari bacalah dengan nama-Nya.. Sebutlah nama-Nya, Ar Rahman, Ar Rahim.. Jadikanlah ujian yang kita hadapi itu sebagai pendekat kita kepada Allah..

Ada lagi ujian datang menyapa? Kuatkan lagi ikatan kita dengan Allah.. Jangan rebah, jangan menyerah!

Hmm macam mana pulak kalau ujiannya berbentuk kegagalan? Redha, syukur dan berusaha untuk lebih baik.. Don't give up my dear.. Allah ada.. D.U.I.T kan ada.. Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal..

Kalau rasa tak pernah diuji? Checklah semula macam mana hubungan kita dengan Allah.. Takut.. Takut kalau sebenarnya rasa selesa itu juga ujian.. Takut kalau rezeki yang ada itu juga ujian.. Takut semua itu istidraj, Allah bagi tapi dalam masa sama Dia murka..

Ujian ini adakala bukan dalam bentuk yang kita duga.. Adakalanya ia hadir dalam bentuk tak kita sangka.. Diuji itu sunnatullah... Hukum alam.. Hadapi ujian itu, di akhirat kita dapat lihat ganjarannya..😘😘

Oklah, cik nur nak akhiri perkongsian cik nur dah.. Jom akhiri ini dengan surah Al Asr dan tasbih kafarah..

Yang baik datangnya daripa Allah,
Dan segala kekurangan daripada cik nur..

Moga Allah redha pada kita..


No comments:

Post a Comment