Monday 28 October 2013

KASIH SAYANG KEDUA IBU BAPA..=)

Assalamu'alaikum,dan Salam Sejahtera semua..

Hari ini Cik Nur ingin bincangkan sebuah topik yang bertajuk "Kasih Sayang Kedua Ibu Bapa"..

Di sini saya ingin menyentuh sedikit perkara yang berkaitan dengan keluarga dan ibu bapa.

Semua orang mempunyai keluarga benar?
Anda sayang keluarga anda?
Anda sayang ibu bapa anda?

Jika sayang ibu bapa anda mengapa berlaku lagi kes buang ibu bapa,tendang ibu bapa,tikam bapa bunuh ibu, dan banyak lagi.. Terkini seorang anak membutakan mata ibunya semasa ibunya sedang solat...Sanggup pemuda ini menolak ibunya yang sedang sujud ketika solat sehingga mata ibunya terkena pada bucu katil dan buta...

Begini kah cara kita membalas jasa ibu bapa kita yang belai, sayang, membesarkan kita dan pengorbanan yang tidak boleh kita balas dengan wang...Sekarang kita kata "Saya sayang keluarga saya.Saya sayang ibu bapa saya."Tetapi pada masa akan datang kita lupakan segala kata-kata kita...

Dahulu kita luahkan perasaan pada ibu bapa dan keluarga, kini kita luahkan kepada orang luar seperti teman wanita, teman lelaki dan orang yang tidak mengenali kita daripada kita lahir...Kita sayang ibu bapa kita tetapi kita masih dapat lihat di muka surat khabar tersiar anak buang ibu bapa di kawasan sampah dan lain- lain...

Ibu bapa kita setiap hari berdoa agar kita menjadi anak yang soleh...Mereka ingin melihat kita berjaya di dunia dan akhirat...Balasan yang mereka inginkan ialah kita menjadi anak yang soleh,berjaya di dunia dan akhirat, menyangi mereka dan yang baik sahaja..Tidak pernah kah kita terfikir penat lelah ibu bapa kita membesarkan kita?

Bayangkan jika kita memarahi ibu bapa kita sekarang akan datang anak-anak kita akan memarahi kita semula...Fikirlah tentang hati kedua ibu bapa kita dan ahli keluarga kita...Sentiasa lah mengahargai jasa ibu bapa kita...Selalulah berterima kasih pada ibu bapa kita...Berilah senyuman pada ibu bapa kita paling kurang sekali sehari sebelum ibu bapa kita pergi berkerja...Senyuman kita akan membuatkan ibu bapa kita bersemangat sebelum memulakan hari tersebut...Sentiasalah meminta maaf kepada kedua ibu bapa kita...Mereka tidak akan bercerita yang mereka sedih hari ini...

Cuba bayangkan jika ibu bapa kita meninggal semasa ingin membelikan hadiah kepada kita bersempena kejayaan yang berjaya kita capai...

Semoga Ceramah Online Daripada  ini memberi makna kepada semua yang membaca...

Yang baik dari Allah,
Yang kurang dari saya.

No comments:

Post a Comment